
Play all audios:
Bulan April baru sahaja membuka tirainya. Bagi peminat drama Korea sudah tentu tertanya-tanya apakah drama Korea yang akan ditayangkan pada April ini. Anda ingin tahu drama apakah yang
dimaksudkan? _Scroll sampai habis okay!_ TAXI DRIVER Berdasarkan webtoon The Deluxe Taxi yang ditulis oleh Carlos dan ilustrator Lee Jae Jin, K-Drama terbaru dari SBS ini dibintangi oleh Lee
Je Hoon sebagai Kim Do Ki, seorang lulusan akademi tentera laut yang menjadi pakar underwater demolitions. Kehidupannya mula berubah setelah kematian ibunya disebabkan pembunuh bersiri.
Kini, di menjadi pekerja di _Rainbow Taxi Company._ Tidak seperti syarikat teksi yang lain, syarikat teksi ini menawarkan servis istimewa kepada pelanggan yang ingin membalas dendam.
[embedded content] DARK HOLE Drama penyiasatan seram ini mengisahkan Lee Hwa Sun (Kim Ok Bin), seorang detektif di Seoul yang menerima panggilan dari orang yang telah membunuh suaminya,
untuk pergi ke Bandar Muji. Setibanya di sana, dia menyedari bahawa penduduk di situ telah didatangi oleh asap misteri, yang menyebabkan sesiapa menghidunya akan menjadi raksasa. Yoo Tae Han
(Lee Joon Hyuk) adalah seorang bekas detektif yang bekerja sebagai pemandu turut berada di bandar yang sama. [embedded content] UNDERCOVER Berdasarkan _remake_ siri British dengan tajuk
yang sama, drama ini dbintangi Ji Jin Hee yang memegang watak sebagai Han Jung Hyun, seorang ejen yang diambil oleh National Inteligence Service (NIS) ketika dia belajar di akademi polis.
Dia mula bekerja menyelesaikan top secret case undercover dan bertemu dengan Choi Yeon Soo (Kim Hyun Joo. Choi Yeon Soo adalah seorang peguam sivil tetapi apabila mendapati dirinya tercalon
untuk jawatan tertinggi, identiti sebenar suaminya semakin diketahui, dan menyebabkan kekecohan untuk mereka berdua. [embedded content] LAW SCHOOL Drama ini mengisahkan profesor dan pelajar
di sekolah undang-undang Korea Selatan yang terperangkap dalam kes yang tidak biasa berlaku. Yang Jong Hoon (Kim Myung Min) adaah bekas pendakwa raya yang kini menjadi profesor di sekolah
undang-undang berprestij di Korea Selatan. Ramai pelajar tidak menyukainya disebabkan sikapnya yang _straightforward_. Profesor Kim Eun Sook ( Lee Jung Eun) adalah satu-satunya rakan yang
dia boleh bercakap secara terbuka. [embedded content] SELL YOUR HAUNTED HOUSE Drama Sell Your Haunted House mengisahkan Hong Ji A, seorang pengusir syaitan yang mengusahakan agensi hartanah.
Tidak seperti broker biasa, dia menyenaraikan lokasi-lokasi yang _personally exorcised_ dan dijadikan selamat untuk dijual. Namun, Hong Ji A mempunyai satu trauma yang tidak dapat
diselesaikan iaitu kematian misteri ibunya pada 20 tahun yang lalu. [embedded content] _Anda sudah bersedia untuk marathon K-Drama sepanjang April ini!?_ What’s your Reaction? > _Jangan
lupa langgani saluran INSTAGRAM, FACEBOOK dan TELEGRAM > Murai.MY untuk berita hiburan terkini. _