Bakal Beri Penjelasan? Janna Nick Adakan Sidang Media Khas Petang Ini

feature-image

Play all audios:

Loading...

Pelakon dan pengacara Janna Nick telah pun mengaktifkan semula akaun Instagram miliknya dua hari yang lalu selepas menyahaktifkannya buat seketika berikutan dia dikecam hebat oleh netizen


baru-baru ini.


Selepas berkongsi beberapa hantaran mengenai promosi drama dan telemovie nya yang terbaharu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner,26 memuatnaik sekeping poster sebuah sidang


media khas yang akan diadakan pada jam 2.30 petang ini.


Dalam hantaran itu, Janna turut menyatakan sidang media tersebut bakal diadakan secara virtual dan ditayangkan secara langsung menerusi laman Facebook dan YouTube miliknya. Meskipun tidak


menyatakan tujuan sidang media tersebut diadakan, menjengah ke ruangan komen rata-rata peminat beranggapan bahawa Janna bakal memberi penjelasan sebenar mengenai isu yang terjadi sebelum ini


dan turut tidak menolak kemungkinan menyatakan tindakan undang-undang yang akan diambil oleh pelakon Marry Me Senorita ini.


Terdahulu,tular di media sosial mengenai tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty selepas Janna didakwa kononnya telah mempersendakan nama anggota K-pop terkenal, Lisa BLACKPINK sebagai


Blackpig dalam sebuah hantaran. Gara-gara itu, peminat artis K-Pop meluahkan rasa marah dan kecewa sehingga bertindak ingin menutup kesemua akaun sosial media Janna.


Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara,


filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.Contact us: [email protected]