
Play all audios:
Netizen masih belum berhenti membicarakan mengenai penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu berunsur kerohanian, Nissa Sabyan yang dituduh mempunyai hubungan dengan pemain keyboard Sabyan
Gambus iaitu Ayus Sabyan yang memegang status ‘suami orang’. Ayus dikatakan telah bersuara mengenai hubungannya dengan Nissa. Beliau akui kesilapannya dan memohon maaf kepada isteri dan
keluarganya. Bapa kepada Nissa iaitu Haji Komar membuat pernyataan mengenai perihal yang sedang berlaku TERKEJUT MENDENGAR BERITA NISSA SABYAN Menurut Kumparan, bapa kepada Nissa Sabyan
mengakui terkejut apabila berita mengenai anaknya Nissa Sabyan hangat dibincangkan. Beliau turut tidak menyangka anak perempuannya menjadi tumpuan disebabkan perihal buruk ini. > “Ya,
sudah pasti terkejut. Itu sangat pasti.”- Haji Komar YAKIN NISSA SABYAN TIDAK MENJALIN HUBUNGAN SULIT DENGAN AYUS SABYAN Haji Komar turut menafikan mengenai apa yang sedang berlaku. Beliau
yakin bahawa anak perempuannya tidak mempunyai hubungan sulit dengan Ayus Sabyan. > “Semua itu tidak benar. Ianya tidak benar.”- Tegas Bapa Nissa > Sabyan MENAFIKAN NISSA SABYAN
BERKAHWIN DENGAN AYUS SABYAN Setelah berita mengenai hubungan sulit telah tersebar, terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Nissa Sabyan berkahwin dengan Ayus Sabyan. Walaubagaimanapun,
dakwaan itu telah dinafikan oleh bapa Nissa Sabyan, Haji Komar. > “Ia tidak benar. Saya bapanya. Ibubapa Nisa sangat mengetahui > keadaan anaknya.”- Haji Komar What’s your Reaction?
> _Jangan lupa langgani saluran INSTAGRAM, FACEBOOK dan TELEGRAM > Murai.MY untuk berita hiburan terkini. _