Realme 7 pro siap ada kamera dengan sensor sony imx682 64 mp

feature-image

Play all audios:

Loading...

Benda pertama setiap kali nak beli telefon bimbit baru, mesti _korang_ akan fikirkan mengenai kamera bukan? Tipu kalau cakap beli telefon bimbit tapi tak nak ada kamera yang cantik mahupun


gempak. Kalau _korang_ fikirkan model telefon bimbit yang mempunyai ciri yang hampir lengkap dengan harga yang berpatutan mungkin boleh pertimbangkan realme 7 Pro. Berbanding dengan


‘adiknya’ iaitu realme 7 yang turut dilancarkan serentak, model Pro ini melengkapi segala-galanya. HANYA 34 MINIT UNTUK MENGECAS 100% Sebagai contoh, kalau _korang_ jenis yang _‘heavy user’_


realme 7 Pro adalah telefon bimbit yang sesuai untuk_ korang_ miliki. Bayangkan dengan ciri 65W SuperDart Charge,_ korang_ hanya perlukan 34 minit untuk mengecas realme 7 Pro 100%. Cepat


bukan? Oh ya tidak dilupakan, realme 7 Pro mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh dan memori sehingga 8GB RAM serta storan sehingga 128GB. DILENGKAPI SONY IMX682 SENSOR Selain dilengkapi


Qualcomm Snapdragon 720G Mobile Platform dan juga 6.4-inch (16.3cm) skrin penuh Super AMOLED, realme 7 Pro disertakan bersama 64MP Quad Camera. Bezanya model ini dengan siri realme yang


lain, realme 7 Pro merupakan kamera yang dilengkapi Sony IMX682 sensor. Selain itu, kamera _selfie_ yang disertakan dalam skrin hadapan pula bersaiz 32MP. Untuk _korang_ yang tidak tahu,


kamera 64MP ini telah dikemaskini dengan memperkenalkan beberapa ciri dan mod terbaharu seperti Starry Mode, Pro Nightscape Mode dan Ultra Nightscape Video. Yang lagi _best,_ model ini


merupakan telefon bimbit pertama yang melepasi TÜV Rheinland Smartphone Reliability Verification! Memang _power!_ Pilhan warna? Jangan risau sebab dua warna yang tersedia iaitu Mirror Silver


dan Mirror Blue pasti akan membuatkan _korang_ jatuh hati untuk memilikinya. Buat _korang_ yang sememangnya mempunyai nombor peribadi dan khas untuk kerja, realme 7 Pro dilengkapi dengan 3


slot kad iaitu dua slot untuk sim dan satu untuk kad memori. Selain itu, beberapa fungsi menarik yang ada dalam model ini ianya disokong oleh UIS dan UIS Max Video Stabilization, Dual Stereo


Speakers Dolby Atmos serta Hi-Res Certification AG Split Design. Ciri khas lain pula ianya mempunyai In-display Fingerprint. Menarik bukan? Jadi jika _korang_ tanya kami, model apa yang


bersesuaian untuk dimiliki dengan semua ciri yang _best,_ semestinya realme 7 Pro. Berbaloi! Berita baik buat _peminat tegar realme_,  realme 7 dan realme 7 Pro akan dilancarkan secara rasmi


pada 24 September 2020. Sama seperti sebelum ini, kali ini realme akan melancarkan peranti baru mereka menerusi dalam talian (live streaming) di FACEBOOK rasmi realme pada jam 12 tengahari.


Sama-sama kita nantikan! What’s your Reaction? > _Jangan lupa langgani saluran INSTAGRAM, FACEBOOK dan TELEGRAM > Murai.MY untuk berita hiburan terkini. _