- Select a language for the TTS:
- UK English Female
- UK English Male
- US English Female
- US English Male
- Australian Female
- Australian Male
- Language selected: (auto detect) - EN
Play all audios:
BEAUFORT: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terperosok di bawah treler di Kilometer 10.5, Jalan Beaufort-Papar di Kampung Lumat dekat sini, petang semalam. Dalam kejadian
pada jam 4.40 petang itu, Charlie Kapong, 43, dipercayai dalam perjalanan dari arah Papar ke Sipitang manakala treler dari Beaufort ke Kota Kinabalu. Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi
Superintendan Azmir Abd Razak, berkata siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal motosikal sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler. "Mangsa dan
motosikalnya yang terperosok di bawah treler terseret beberapa meter, menyebabkan beliau mengalami kecederaan parah di kepala dan badan. "Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat
kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi, hari ini. Azmir berkata, berkata pemandu treler dan penunggang motosikal tidak berada di bawah
pengaruh alkohol ketika kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.